Monday, March 12, 2012

'action speak louder than word'

assalamualaikum.


dah lama tak mencoret di sini. selalu bukak hanya untuk blogwalking. mood untuk menulis dah menjunam ke tahap yang paling bawah sekali. busy?mungkin. atau cuma alasan biasa. ;p
belajar? alhamdulillah,masih menuntut. mencari ilmu Allah. sekarang meniti hari untuk last posting examination. insyaAllah, i will end my year four with orthopaedic. insyaAllah. insyaAllah, jika Allah izinkan. hari rabu dan hari jumaat. 2 days only but can burst my brain! do you have brain? kihkih. ^__* dan mungkin, mungkin, insyaAllah, akan ke kelantan. elective posting kat sana for five weeks. 'hospital raja perempuan zainab 2'. angah, will be your loving adopted sister soon! tolong bagi saya makan yek.dan juga tempat untuk berteduh. hehe.


owh ya, 'happy birthday to me'. HAHAHAHA XD  sebelas haribulan tiga. terima kasih untuk mereka yang masih sudi mengingati. walau dah remove dari facebook. dan berjuta-juta ribu lemon terima kasih untuk mereka yang sudi berpicnic di depan rumah saya. dengan sebidang tikar *sebidang eh?* pinjaman surau dan sebijik kek taka.hehe. thank you very much my dearest friendssss! selama 4 tahun di sini, korang tak jemu celebrate tarikh ni kan. dan tiga tahun berturut-turut celebrate my birthday few days before exam. kan korang kan? year two masa nak exam repro kot. year three masa exam surgery and year four before exam ortho. doa kalian amat dihargai. heart korang! *special thanks to adli azam, ku akhmal, pi, nadz and fuad*


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


dan hari ini, airmata tumpah jua. hati ini rapuh. tertanya pada diri sendiri. 'tak kuatkah aku?' T___T  cuma, hati ini tak mampu untuk terus tabah lagi. berpura-pura kuat pada luaran tapi sebenarnya lemah longlai di dalam ini. 'apa yang harus aku buat?' okay, saya cukup terseksa.
mungkin awak akan pikir saya selalu pikir bukan-bukan kan? saya nak bagitau awak yang awak tak berada di tempat saya. dan awak tak rasa apa yang saya rasa.
maafkan saya kalau saya buat awak marah bila terbaca tulisan ini. cuma saya nak awak tahu, hati saya betul-betul terseksa. *see, my tear begin to drop* cuma,sampai bilakah semua ini akan berakhir?
ya, i'm being hypocrite in front of you. cuma terseksa dengan keadaan macam tu.
 one of my friend, you are not caring. saya terdiam. tapi dalam diam itu, saya memperakui. silapkah saya? saya tak rasa saya 'istimewa' di hati awak. mungkinkah? dan maafkan saya, saya meragui kata-kata lepas awak. kenapa? kerna saya tak melihat saya 'istimewa' untuk awak. dan jujurnya, saya rasa letaknya diri saya adalah jauh lebih rendah daripada seorang kawan. rapat kita dulu sebagai kawan juga tak sejauh sekarang. saya hilang awak dan sekaligus saya hilang seorang yang bernama sahabat. dingin. hambar. cerminan awak.
saya hormat dengan prinsip awak. tapi cara awak buat saya terseksa.




pesan Ustaz Azhar Idrus.


♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia. 

♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia. 
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti. 
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya. 
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya. 

♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya. !




maafkan saya andai coretan ini tidak menyenangkan hati awak. berjuta-juta ribu lemon saya memohon maaf. coretan ini adalah lakaran hati saya. berlingkar-lingkar bukan? awak, jangan risau, saya masih boleh senyum. *dan perlahan-lahan menyorok airmata di balik tangan* 




::bak,ma, kaklong, angah, abg ngah, acik, kakchik, adik ipah. cuma mereka sumber kekuatan saya di kala ini.::

Monday, January 2, 2012

mereka kepunyaan saya

assalamualaikum.


dah dua hari di tahun baru. tahun 2012. rasa macam sekejap je 2011 berakhir. pejam celik,pejam celik nanti dah 2013. eh eh,2013 dah nak Grad. doakan. moga-moga Allah permudahkan.

semakin hari, bertambah tahun, entry kat sini dah menyusut!dah berkurang. erk, busy. busy. busy. ya,busy. (alasan!) 

hari-hari call ma,tak pernah jemu. tengok la sapa call dulu. kalo ma cepat,ma call dulu. kalo ma lambat, aku call ma dulu. untung buat 5+1 plan nih. free je nokss! cakap la lama mana pun, sampai panas telinga tu, tetap free. itu yang best! best duk bercerita dengan ma. macam-macam. sebab tu tak ada rahsia dengan ma. cuma kalo hal-hal sedih yang melanda diri, aku tak cerita. alasan: ma susah cikit nak feeling-feeling nih! betul,tak tipu! cuma rasa kecewa,down sangat-sangat, aku guna dalam bahasa kiasan bagitau ma. ma faham. sangat-sangat faham. hati ma akan jadi cepat faham kalo dengar suara aku dah lain masa bercakap. kan ma kan? kan? kan? :D

bercerita pasal ma, pagi-pagi tadi ma call kejutkan bangun. aku yang peset-peset baru bukak mata, confirm akan bangun sambil berdehem-dehem nak control suara supaya ma tak tangkap aku baru bangun tido. hikhik~ tapi selalu je kantoi! cakap-cakap dengan ma, camne aku tercakap, "Ma, belanja kat ani oven ke microwave ke. boleh jugak nanti ani belajar buat kek. sekali dengan pemutar kuih tuh!" niat aku main-main je. saje nak 'kecek' (org ganu kata) ma. haha. tapi yang best, sejam dua jam lepas tuh, ma call lagi. tanya, "harga berapa? dah tengok kat kedai belum? nanti pergi cari yg jenama 'TOSHIBA'!"

owh my God, biar betik! ma nak belanja. yeayyyyyy! ani maen-maen je tadi ma, kalo ma nak belanja betul-betul, dua tapak tangan ani tadahkan.  :))

sejak berjauhan dengan keluarga, dalam 4 tahun ni, apa yg aku perasaan. semua orang cuba nak fulfil kan wish aku. mungkin sebab aku duk jauh, diorg taknak aku rasa terpinggir. bukan sebab aku anak manja.takkkkk! sebab aku duk jauh. try la mintak itu dan ini, diorang akan cuba tunaikan. kalo tak dapat yang nak, mungkin dapat yang seakan-akan.

benda ni bukan berlaku kat ma je,tapi semua. bak,ma, kak long, angah, acik dan adik ipah. betul. rasa cam aku ni anak emas je.kihkih~ye la,kan anak bongsu tapi ada adik.

macam baru-baru ni laptop rosak, angah yang sponsor laptop sebijik! siyesly, aku rasa sangat-sangat bersalah lepas tuh,sampai aku rasa malu giler-giler dengan angah. aku terpaksa sebab masa tu nak exam. dengan note bagai yg aku tak baca (note=slide). memang serabut bagai la kepala hotak nih. menanges bagai! haha. :D

ma selalu pesan, 'nanti dah keje, ingat la sape-sape yang banyak tolong tu'.... ya ma,ani ingat.


nanti bak dan ma nak anta makanan banyak-banyak. yeayyyyy! sekarang ma dan bak tengah sibuk mencari 'kuih derang'. sebab kebanyakkan hapak,yg lama.

tengok, diorg sanggup berkorban utk aku.
Ya Allah, berilah peluang untuk daku berbakti dan membalas jasa kedua ibu bapaku dan adik beradikku.


cukuplah mereka untuk aku buat masa ini. tentang 'dia', ku serahkan padaMu.



psssstt: selalu kata ma kaya, mana taknye, tiap-tiap bulan gaji masuk. pastu tak tahu nak buat apa. kalo bak lainlah, kena belanja sana, belanja sini. kalo ma,aku lah yang tolong habiskan. kan ma kan kan? kan?
'ku ingat apa yang mereka berikan.insyaAllah, sampai ke mati!'

Wednesday, November 9, 2011

baik.takbaik?

"Aku bukan orang baik
tapi aku sedang ke arah itu."







*mencari-caribayanganarwahustazkhairulazhar.alfatihah*
*jikaduluuarwahbimbing,sekarangsendiriterkontang-kantingdisini*

Monday, November 7, 2011

cinta itu anugerah Dia.

Ana: "umi,mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang??"

Umi: "dua-dua bukan..plihan hati kita ialah orang yg sayangkan kita kerana ALLAH"

Ana: "tapi umi,mcam mana nak tau orang tu sygkan kita kerana ALLAH??"

Umi: "Yang paling tahu hanya Allah..Kerana hanya Allah mampu membaca
hati hambaNya..Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya
tanpa perlu sengaja ditunjukkan oleh seseorang tu..", umi tersenyum..abah
menjeling..hehe...

Ana: "xfahamlah umi..hehe.."

Umi: "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan
berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah
jodohnya itu?"

Ana: "hehe.. xtahu umi..ALLAH je yg tau..", malu pulak rasanya..

Umi: "sayang dgar ni umi nk pesan.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba2 je air mata ni mengalir..:'(

Umi: Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas- batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.

Umi sambung lagi: Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh
memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. umi dah didik anak umi dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang umi serahkan anak2 umi yang umi sayang sangat ni pada ALLAH untuk Dia pelihara..", suara umi sebak...



from syahirul.com

Wednesday, November 2, 2011

tak suka bila cemburu datang

macam mana nak jaga hati ni yek?
masyaAllah,sakit bila cemburu.
sangat-sangat.
dah banyak kali beritahu hati supaya tak cemburu.
tapi sering kali tewas.
huhu.

Liani,
tak elok buruk sangka.
jangan fikir bukan-bukan.

be positive k!


(tapi siyes,tak boleh nak elak kalo rasa "jealous" ini datang. Ya Allah,pedih!rasa shortness of breath!)